Tuesday, March 12, 2013

Larangan Mengambil Orang Yahudi Sebagai Teman Yang Dipercayai



SURAH ALI-'IMRAN (ayat 118-120)

118.Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalanganmu menjadi teman karib (yang dipercayai), (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereke menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat lagi. Sesungguhnya Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannnya)

119.Awaslah! Kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala kitab. Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata:''Kami beriman,'' dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran perasaan marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): ''Matilah kamu dengan kemarahanmu itu.'' Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

120.Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika Kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

Sunday, December 30, 2012

Rasa liat nak sedekah/derma. kenapa?



Semuanya ada tertulis dalam kitab Al-Quran.Kat mana?

SURAH AL-BAQARAH Ayat 267-268

267.Wahai orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.Dan janganlah kamu memilih yang buruk, lalu kamu nafkahkan darinya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya.Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya,lagi Maha Terpuji.

268.Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil) sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dariNya dan kurniaanNya.Dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui.

Ya Allah, mengapa berat beban yang engkau turunkan kepadaku?


SURAH AL-BAQARAH, Ayat 286

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):

''YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI SALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI APA YANG TIDAK SANGGUP KAMI MENANGGUNGNYA. MAAFKANLAH KAMI, AMPUNILAH KAMI DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR''

Monday, December 10, 2012

Pentingnya mengingati Allah SWT

Surah Al-Baqarah ayat 152

''kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKU''

sdikit ilmu yang maybe boleh diambil drpd ayt di atas adalah, dlm ap je pkerjaan atau perbuatan yg kita buat, adalah dikaitkan dan mengingatkan kita kpd Allah SWT, itu adlah yang terbaik. Sbb ap? setiap kali kita ingt kpd Allah, Allah akn ingt pada kita. Masalah yg brlaku kepda diri aku sndiri dan mngkn kpd orang lain adlah, kita kurang yakin pada ''nescaya Aku ingat (pula) kepadamu'' , kerana ap? mungkin x tercapai kat akl kita apa cara yg mungkin Allah akn ingat pada kita. Bila jadi mcm nh, hendaklah berbalik smula kepada RUKUN IMAN yang pertama, whch is beriman kepada Allah. Mengaku dngan lidah, membenarkn ddlam hati, dn melaksanakan ap yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan segala larangannya. setiap ayat dalam Al-Quran ini adalah kata-kata daripada pencipta kita, pencipta alam semesta. Yakin dan benarkan di dlm hati kita, insyaAllah kita akn peroleh nikmat bersama.

Surah Al-Baqarah ayat 153

''Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar''

jls disni Allah berfirman, minta bantuan, pertolongan, atau ap sahaja kpd Allah melalui 2 perkara ini, iaitu solat dan sabar. Kdang2 ada yang mempersoalkan, ''aku tak solat, tapi boleh je hidup, rilex je'' , ingtlah bhawa Allah sayang akan hambaNya, memberi peluang kpd kita untuk segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, jika Allah tidak sayang akan hambaNya, msti di saat kita buat dosa, Allah sudah menarik sgla nikmat yg ada pd masa itu, dn mungkn juga mematikan kita. Sabar, perkara paling susah nk diamalkan. Kalau ad masalah, kembali kpd asas, bersabar. Kenapa perlu percaya yang sabar ni adlah bentuk minta pertolongan kpd Allah? KERANA ALLAH YANG BERFIRMAN DI DALAM AL QURAN, ITU ADALAH KATA-KATA ALLAH, ITU ADALAH JANJI ALLAH DAN IA ADALAH PASTI!

Wednesday, November 21, 2012

apa berlaku kalau jadi munafik?

Ini merupakan sedikit pengisian daripada Surah Al-Baqarah ayat 17-37

''orang munafiq tidak dapat mengambil manfaat daripada petunjuk-petunjuk Allah kerana sifat munafiq itu telah tersemat dalam jiwa mereka.Apabila mendengar ayat-ayat peringatan, mereka seperti orang yang ditimpa hujan dan petir, serta mereka menyumbat telinga kerana tidak sanggup mendengar peringatan dari Al-Quran.''

''Apa ganjaran bagi orang-orang yang beriman?
KENIKMATAN DI SYURGA JASMANI DAN ROHANI YANG BERKEKALAN''

''selepas  diturunkan ke bumi, Nabi Adam AS memohon taubat kepada Allah SWT, maka Allah SWT menerima taubatnya kerana ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA PENYAYANG''

''kita adalah khalifah di muka bumi ini. Apabila Allah SWT menciptakan manusia, para Malaikat bertanya, mengapa manusia yang dilantik menjadi khalifah sedangkan mereka akan melakukan kerosakan di muka bumi? Allah SWT berfirman, ''SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI''

masih belum terlewat untuk bertaubat, kerana apabila tiba saat kiamat, pintu taubat akan ditutup. lakukan secara istiqamah, perlahan-lahan, sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan ^^,