Wednesday, November 21, 2012

apa berlaku kalau jadi munafik?

Ini merupakan sedikit pengisian daripada Surah Al-Baqarah ayat 17-37

''orang munafiq tidak dapat mengambil manfaat daripada petunjuk-petunjuk Allah kerana sifat munafiq itu telah tersemat dalam jiwa mereka.Apabila mendengar ayat-ayat peringatan, mereka seperti orang yang ditimpa hujan dan petir, serta mereka menyumbat telinga kerana tidak sanggup mendengar peringatan dari Al-Quran.''

''Apa ganjaran bagi orang-orang yang beriman?
KENIKMATAN DI SYURGA JASMANI DAN ROHANI YANG BERKEKALAN''

''selepas  diturunkan ke bumi, Nabi Adam AS memohon taubat kepada Allah SWT, maka Allah SWT menerima taubatnya kerana ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA PENYAYANG''

''kita adalah khalifah di muka bumi ini. Apabila Allah SWT menciptakan manusia, para Malaikat bertanya, mengapa manusia yang dilantik menjadi khalifah sedangkan mereka akan melakukan kerosakan di muka bumi? Allah SWT berfirman, ''SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI''

masih belum terlewat untuk bertaubat, kerana apabila tiba saat kiamat, pintu taubat akan ditutup. lakukan secara istiqamah, perlahan-lahan, sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan ^^,

No comments:

Post a Comment